Putus asa dalam bahasa Arab ialah yaiesa. Sifat ini terjadi apabila tiada sifat khauf dalam hati seseorang. Keadaan ini menyebabkan dia meremehkan persiapan apabila menghadapi kematian. Apabila keadaan ini berlebihan akan timbullah rasa putus asa.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya tidak yang berputus asa daripada Rahmat Allah melainkan orang yang kafir." (Surah Yusuf 12:87)
Allah masih memberi pengharapan kepada orang yang berputus asa dengan firmanNya yang bermaksud:
"Katakanlah:'Hai hamba-hamba Ku yang melampau batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah.' Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah al-Zumar 39:53)
Dibawah ini diberikan beberapa tip bagi mengelakkan berputus asa, di antaranya ialah :
a) Sentiasa ingat bahawa setiap ujian yang menimpa adalah untuk kita menjadi lebih baik
b) Paling penting ialah usaha kita yang gigih. Hasil yang Allah s.w.t. berikan nanti, itu soal kedua. Namun kita tetap mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t.
c) Sentiasa berdoa memohon pertolongan Allah
d) Sentiasa memikirkan peluang dan apa yang boleh dilakukan.
Sunday, August 8, 2010
Huraisy
Bismillahirrahmanirrahim
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.
Malaikat Jibril bertanya : "Hai Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?
"Huraisy pun menjawab,
"Aku mahu mencari lima orang..
Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orang yang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibubapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak."
sebarkan la...
semoga kita bukan la dari golongan tersebut...

Subscribe to:
Posts (Atom)